Assalamualaikum…
Sapa kat sini yakin yang lunch hari ni or malam ni dia belum mati?
Or Sapa kat sini yakin yang esok, minggu depan, bulan depan, tahun depan dia tak duduk dalam kubur sorang2?
Ok..since semua takde angkat tangan, aku assume semua yakin yang BILA2 pun kita boleh mati..
Wokkeh…(senang sikit nak citer)
TOPIC : Jangan lalai dari ingat Allah walau sesaat(untuk muslim sebab ni bulan puasa, so aku amik kesempatan sikit…non muslim nak baca takde salahnye, kalau konpius boleh tanyalah orang2 yang mengaku ISLAM berhampiran anda secara cyber or secara fizikal)
Bismillahirrahmanirrahim…Kita dah tau mati itu satu proses....nak tak nak, sedia tak sedia, kita akan melalui prosess itu.....cepat atau lambat, giliran kita dah ditentukan.
Maka akan bermula hidup baru kekal abadi..(read: INFINITI)
Hidup baru ni, yang kekal abadi ni akan
berbekalkan amalan kita di dunia (sekarang) – so, kalau ikut analogi, kita tengah buat bekal la ni…..cukup ke bekal aku? (bekal tu kena buat sekarang, tak boleh renew..tak bleh tambah…)
Contoh 1: Aku nak tengok final world cup. Walaupun hanya beberapa ratus minit sahaja, preparationnya boleh tahan jugak. Siang tidur cukup, prepare seat elok2, malam buat air nescafe/kopi cap kapal api/tongkat ali, makanan kerepek keropok, nasi goreng, air coke, dan macam2 juadah lagi...
Contoh 2:Masa kecik2, perjalanan kita ke sekolah….kejap je..beberapa jam je..Itupun mak dah risau..cukup ke bekal kamu? Nanti lapa nanti?
Kenapa sepatutnya tak payah risau sangat?: Tu tak pe la..ok lagi..sebab kalau abih pun bpetang dah balik umah emak…boleh makan..esok boleh renew bekal etc etc..
Contoh 3:Aku nak travel around the world...kira paling lama lah tu...
Persiapan? Subhanallah..berbulan2....kalau tak cukup duit, mungkin makan tahun nak prepare, ye la nak pegi Disneyland lagi…macam2 la kan
Duit, duit, duit, tempat tido, duit lagi dan lagi, makanan, pakaian, dan segala2nya..
Itu baru untuk round the world in 80 days tu.....
Kenapa sepatutnya tak payah risau sangat ? Teruk2 pun pokai, kena tahan, kena deport…..balik ke mesia balik..home sweet home. Boleh l atambah bekal mana2 tak cukup….Cuba kalau masa perjalanan tu
ABADI????Selama-lamanya??? Cam ner nak bayang ek? sampai bila2 ...isk..payah betul nak imagine.
NeverEnding Story pun ada penutupnye..
Neverland pun ada penghujungnya..
Netherland pun ada sempadannye.
German2006 pun ada penghabisannya.
LigaM pun dah habih daah..
Akedemi Fantasia pun 3 bulan je..tu pun skang macam dah tak nak laku
So, berbalik kepada cerita kita nak
BALIK ke kampung ASAL kita ni,
Berapa banyak kita nak packing? Cukup ke 30 tahun punye amal?, 40? 50? 60?
Tolak keja, tolak naik keta, tolak karaoke, tolak tv, tolak tengok CSI, tolak tengok cerita2 desperate, tolak tengok MISTERI, tolak tido tak baca bismillah, tolak majlis buka puasa tak ingat dunia makan all-you-can-eat, tolak movie, tolak cakap tepon, tolak tengok bola, tolak update blog, tolak amal yang tak berapa iklhas, yang tak berapa kualiti sebab takut termiss telenovela..tinggal la berapa je?? Cukup ke??
So…kenapa dan mengapa dan secara logik akalnye..
- aku boleh lagi tengok CSI? browse internet? dengar lagu?tengok wayang, layan kuch-kuch hota hai 3 jam?
- aku tahu bila2 aku boleh mati..aku yakin yang aku mungkin tak sempat berbuka hari ni pun..tak sempat nak tarawikh atau nak bertahajjud or nak qiamullail...tapi tak buat sebanyak-banyaknye
- aku memang yakin ibadat(read: bekal) aku tak cukup, aku tak tambah sungguh? Nak kebuloq ke aku ni?
- aku yakin dengan azab api neraka yang 70 kali ganda panas dari api kat bumi, aku tak bersungguh2 mintak jauh daripadanya, (kalau nak jumpa bos lepas buat salah, bersungguh2 mintak bos tak marah dalam hati?
Kenapa? Kenapa? aku pun tak berapa nak sure..Cuma yang aku tahu...mesti sebab
tipu daya syaitan dah BERTAKHTA dan BERSARANG dalam hati aku...Syaitan dah tipu aku and kata macam ni:
“ Alaa….mati lambat lagi..ko kan muda lagi…”
“Alaa…sekali ni je”
“Alaaa..once in a lifetime ni..mana ada repeat lagi event ni, tengok live je best, tengok ulangan buat apa”
Atau paling teruk
“Alaa..ko kan dah ISLAM, apa2hal mesti masuk syurga punye, at least ko beriman)Dipendekkan kan cerita, since ramadhan ni adalah madrasah untuk mensucikan hati..Aku kena la pergunakan masa sebaik2 mungkin......
Dah hari ke 9...dah 9 hari aku terbazir sebab tak buat ibadat sampai bersengkang mata..nak bangun malam pun terlajak...haw haw haw..beraat je mata...
Aku rasa kena terapkan semangat world cup la…
Bangun malam…..amik air semayang, solat 2, 4 or 6 rakaat…
Baca quran 2 -3 page…dah kira qiamullail sekali ngan tahajjud .
Total baru 30 min. World cup? MINIMUM 105 min. baru satu pertiga je….tu kalau satu game semalam..kalau 2-3 game?
Tapi…sebab hati aku masih sakit….belum pulih seperti fitrah…..
Amat payah…..uhuk.uhuk… :'(
Tapi aku masih ada masa.....
- ada shortcut dan bonus point lagi - contoh malam lailatulqadar)
- tinggal aku je nak doa agar jumpa malam tu, malam yang lebih baik dari seribu bulan (83 tahun 4 bulan) dengan amal ibadat yang ikhlas- RUGINYE....kalau “miss the boat”(phrase waktu berada dalam madrasah aku perasan nak ke amerika)
Tapi takpe lagi rugi sekarang..masih ada can.. (read:chance)
Kalau nak tau RUGI yang SEBENAR2 RUGI..bila dah duduk dalam kubur sorang2 nanti.......bila 'malam pertama' bersama mungkar dan nangkir..bila kena gertai, hambat, palu dan bantai, dan macam2 ada..
Masa tu sori la nak kata
“aiman tak kisah”..tak sanggup beb…
Malatop kat dalam tu.
“world” tak
“world” nye..sendiri mau ingat la (nauzubillah)
Ada lagi ke
senyum sokmo??
Masa tu dah terlambat...saat nadi masih berdenyut ni.. grablah kesempatan.....
Maka – bawak2 la bertaubatlah SELALU (nabi buat satu hari 70 x) , beristighafar lah dengan sebanyak banyak banyak banyaknye sehingga melebihai lemon2 yang melimpah dalam iklan tv tu...atau lebih banyak dari barang kontena iklan mega sale.
Mintak dijauhkan dari azab kubur dan
api neraka...dan api neraka..dan api nerakaASTAGHFIRULLAHALAZIM.....
Ada orang kata,
I am a MUSLIM. Iman sebesar zarah pun boleh masuk syurga..walaupun banyak dosa..Aku kata, ye benarrrr kata kao… tapi:
Pertama : Mana aku nak tau iman aku sebesar zarah? Betul ke ada IMAN in the first place. Sebab kita kena ingat dugaan masa sakaratul maut…? Dugaan yang paling hebat. Jeneral syaitan datang kacau and nak pesongkan kita. Menjelma dengan muka orang yang kita amat sayang, dan cuba menghasut kita berpaling dari Allah – Naudzubillah.
Bestnye mati bulan ramadhan, jeneral kena ikat, takde la kena kacao.
Aku dah prepare ke nak tangkis?Macam mana nak prepare??
Perbaiki iman sentiasa, Jangan, jangan, jangan tinggalkan ibadat fardhu, jangan tinggalkan ibadat solat muakkad, banyakkan solat2 sunat, ibadat2 sunat ‘kecil’ (kecil bak kata sesetengah orang, kalau dia nampak macam mana sunat kecil ni boleh hapuskan dosa2 kecil dia yang lain..mesti tak tinggal punyelah)
Contoh: Kalau kita masuk toilet langkah kaki kiri and keluar kaki kanan, tetiba balik ke tempat kita, nampak ada cash RM 1000, mesti kita tak tinggal buat benda tu kan? Sama gak dengan pahala...cuma tak nampak...ia tetap dikreditkan..cuma kita tak dapat penyata, sebab tu susah nak yakin and tambah point tuuu)
Kedua : Ye boleh masuk syurga..tapi kena masuk neraka dulu beb….Ada berani? Aku pengecut bab ni ...Although this is a free country and free web. I punye pasall lah (kata sesetengah orang)……tapi please be reminded, Allah tak bagi ni’mat utk free2 je….S
ekian lagi sekali dari aku yang agak free…
p/s - Ni kang,
ada yang dapat email kata aku tiru blog orang lain..nak buat cam ner..dah sama…sabaarr je laaaa..
Ni lagu untuk orang yang rindu kat Allah dan KAMPUNG halaman:
(aku belum lagi bleh pakai lagu ni kot...tak ready maaaa. Korang OK kot??)
Siapa bilang mati tak menawan, Tak menarik hati, Tiada memikat...Kalaulah memang tak mungkin aku tertarik,Kalaulah memang tak mungkin aku kan jatuh...Aduhai..........Lepaslah dugaan dunia,Berehat lah sepuasnya,Terang benderang kuburnya,Aduh anggun dirinya....