Friday, October 13, 2006

Tolong saya Kak Lina Joy...

Tima kasih greng, pengomen aktif di blog keretemayat utk idea.
Telah diolah untuk bagi gambaran terkini

Cerita 1
Kita kerja dengan satu company besar. Banyak cawangan.
Satu hari, bos besar datang melawat.
Dia kata, "Hari ni semua orang cuti. Sapa yang bekerja saya akan pecat dia!"
Semua pekerja suka.... yay!!!!!!
Tapi, tiba2....bila bos dah balik....anak bos kata. "No Cuti. Kerja"
(utk pengetahuan, anak bos ni kira supervisor kat site tu laa...)
So..cakap siapa yang korang ikut? Cakap bos ke atau cakap anak bos?
Reminder :Kalau bos tahu, dia akan pecat kita. So.....nak ikut cakap sapa?
Solution : Why not, kita pegi direct kat bos.....seek explanation...? Sebab dia yang own company tu kan..

Cerita 2
Masih dalam company yang sama.
Satu hari kita dah terbuat salah kat satu dokumen ni. Takutnye tak terkira sebab boss dah approve. Dah sign!
So, kita pun tanya la team lead kita. "Macam mana nak buat ni?"
Team Lead kata, : Takpe, You print document tuuu....nanti biar I yang jumpa bos. I citer kat dia. I mintak maapkan...and suruh bos re-sign"

Aku kata: bahaya ni..kang dia salah cakap apa ntah...boss salah paham. Boss ingat kita nak lari daripada mengaku buat salah depan boss..
Dah kes nayaaa..

Cerita 3
Satu hari, supervisor site (anak boss besar) kena bunuh. Ada orang tembak kat kepala dia..."piuunnggg!"........"Buk!" tergolek dog...
Mati la Supervisor site tu...Anak supervisor site (cucu boss besar) tu pun datang. Tiba2 dia nampak pistol yang membunuh bapak dia ada bawah almari.
Dia pun ambik , dan gantung pistol tu kat leher dia. Tanda penghormatan katanya. Macam dia bangga dengan pistol yang bunuh bapak dia tu...Macam tak masuk akal je kan????

Begitulah jugak.....apabila kita menyembah sesama makhluk.... mesti macam pelik sikit (di mata sayalah....tak tahu di mata Kak Lina macam mana..)

Azlina Jelani (Lina Joy) menyembah 'anak tuhan' (kata mereka) >>>Cerita 1
Kenapakah Kak Lina perlu menyembah anak tuhan sedangkan kita boleh je terus menyembah Tuhan?
Adakah tuhan memerlukan supervisor sebab dia busy dengan urusan lain. Kalau semua orang sembah 'anak tuhan', siapa pulak sembah tuhan?
Kalau tuhan ada anak? mungkin tuhan ada bapak atau emak? Di manakah mereka?
Kalau tuhan ada anak, mungkin tuhan ada abang ke, kakak ke, pak teh, pak long dan sebagainye?
Kalau tuhan ada anak, adakah yang melahirkan 'anak tuhan' itu 'isteri tuhan'???

Astaghfirullahalazim..


Kak Lina juga kata, ada orang kerja makan gaji kat gereja boleh ampunkan dosa2 dia. > >>Cerita 2
Kenapa ada orang lain yang boleh menghapuskan dosa kita sedangkan orang itu juga tak lari dari membuat dosa dan bukankah lebih baik kalau kita memohon ampun terus dari Tuhan?
Sapa pulak nak ampunkan dosa orang makan gaji tu? Orang dekat Vatican?
Sapa pulak nak maafkan kesalahan orang kat Vatican tu? Dia tu tak berdosa la ye agaknye menurut Kak Lina Joy???
A dakah di kira sebagai 'melangkah bendul' jika Kak Lina Joy minta maap terus pada Tuhan? atau 'isteri tuhan'? atau 'anak tuhan'?
Macam mana kalau orang yang nak tolong mintak maap tu tersalah mintak maap, atau terlupa?
Ataupun tiba2 orang yang nak tolong mintak maap tu termeninggal?
Macam mana nak tau maap kita tu dah di mintak oleh orang kat gereja tadi?

Saya agak pening nak pikir....Sebab tak nampak logiknye...
Adakah Kak Lina Joy terlalu takut dengan tuhan? Sampai tak boleh jumpa untuk mintak maap?
Bukankah tuhan itu penolong kita, pencipta kita? Dia yang beri izin. Dia yang tahu kelemahan kita.
Tak boleh ke kita mengadu direct kepadanya?


Kak Lina Joy juga mungkin memakai salib di leher (saya tak pasti) Tapi orang seagama baru Kak Lina Joy ramai yang pakai.
Mengapakah orang agama baru Kak Lina Joy suka pakai salib? Bukan benda tu ke yang bunuh 'anak tuhan' tadi? Kenapa berbangga pulak dengan salib itu?
Kenapa beri penghormatan kepada object yang digunakan untuk membunuh 'anak tuhan' kamu itu? >>> Cerita 3

Tolonglah bagi saya paham apa yang Kak Lina Joy cuba buat ni....?
Saya tak nampak logiknye..... Kalau boleh pahamkan saya, amatlah saya berbesar hati.

Terima Kasih.

19 comments:

Anonymous said...

heheh tak terfikir lak cth2 yg dia kasi tu bole masuk akal ekkk...thanks...aku doakan yg tuko agama pasal cinta ni blk ke pangkal jln pasal bebila masa kalu kena cerai atau pasangan tu buang ke atau mati kerrr...lepas tu dia nak blk ke islam balaik ke...atau dia terus hanyut....lak tu lepas masuk agama tu siap ajak org lain pulak...kutuk Islam lagi...entahlah....

jiran 11th floor

AJ said...

Waaaa... baguslah analogy kau ni Pyan. Aku pinjam boleh?

Incognito Anonymous Pseudonymous said...

ada ustaz (nama tak ingat.. perlu ingat nama ke?) bagitau.. iman ni bukanlah sesuatu yg boleh diwarisi.. jadi janganlah lalai terapkan iman di hati kita, isteri kita, anak2 kita, keluarga kita.. tapi macam mana nak kukuhkan iman?

(AQ 103:3) Except those who believe and do good, and enjoin on each other truth, and enjoin on each other patience.

abu_harraz said...

iman tak dapat diwarisi,
dari seorang ayah yang bertakwa,
ia tak dapat dijual beli,
ia tiada di tepian pantai...

: ustaz raihan.....

cara nak terapkan zaman skang..

1. first and foremost...
buangkan cinta kepada "dajjal 4 segi" (kata ustaz nizam KLCC)
apa itu dajjal 4 segi? itulah TV 29 inchi dengan pelbagai saluran dan rancangan yang 99% tak islamic, lucah, maksiat, kufur, munafik, sesat, hampeh...argfghhh...
gedagang!!!!..(bunyi tv dicampak ke bawah dari balkoni)
TAKBIR!!!!!!!!!!

eh? apa berlaku?
aku terlalu emosikah tadi? atau memang selayaknye musuh2 Allah ini diperlakukan sebegitu?

abu_harraz said...

aj ni kat grand heaven ke? ke new haeven? aku pun takingat tempat ko?

amik la..hakcipta Allah..aku menyampaikan je...

AJ said...

yep... aku, ak.a. Che' Mad @ Grand Haven...

incognito anonymous pseudonymous said...

ko nak buang TV plasma ko ke hucs? bagi kat aku ler.. pada aku dajjal 4 segi tu boleh juga memberi manfaat kepada org2 yg takde masa nak baca buku.. paper tak termasuk sebab ni ada byk cite mengarut.. contoh cite berfaedah.. Discovery TV.. cite pasal konspirasi US for example.. penting untuk kita tahu tuh..
bagi aku.. yg paling memudaratkan is internet.. bagi org yg daif cam aku nih.. segala macam website boleh surf.. apatah lagi bebudak kecik yg ada yahoo mail or worse ym..
at least Astro ko boleh control mana channel leh tgk.. internet boleh control ngan firewall.. tapi ym?

coldstarz_12 said...

Assalamualaikum
Hmmm....Yang murtad terang-terangnya begitu dah buat satu malay bengang - yang kikis sifat-2 islam one by one - secara senyap dan tanpa sedar -sejengkal demi sejengkal then sehasta demi sehasta, sedepa demi sedepa....bagaimana la pulak ye...?hancur luluh hati nabi bila baginda tau....mak bapak dah didik elok-2...orang luar juga yang jadi ikut-2an
aku pun bukannya baik sangat, cuma aku harap dan berdoa agar aku mampu jadi baik sikit dari diri aku yang sebelum ni, hari demi hari- kalu arini boleh ambil sejengakal demi sejengkal tak pelah, next time mungkin bleh ambil sehasta demi sehasta lak then begitulah seterusnya then aku harap tuhan akan ambil nyawa aku disaat imanku berada dikemuncaknya!!!
so far...aku tak pernah tau pun ko create blog ni- so far thanks la coz sanggup share ngan aku...
this place gonna be place to step by...day by day -ko rerajinlah..up date k..

abu_harraz said...

incognito,
tv tu lagi bahaya walaupun takde astro.
tv tu buat orang berguru dgn tv bukan dgn ulama.
tv tu byk yang bukan interaktif....cuma perlu bukak telinga...SEMUA input masukkk....

ym tu kena ada effort...kena connect internet..
tv free..

memang la internet lagi hebat...tu aku tak nafikan..tapi bukan semua rumah ada internet.
tv...sapa yang celik2 mata kat dunia ni tak kenal tv? pada zaman skang?? 99% kenal...
dan kat situlah bahaya yang paling awal masuk ke rumah kita..

aku takde tv plasma, cuma ada 2nd hand toshiba 14 inchi je, itu pun mono audio (bukan stereo). tapi kalau aku tak nak pun, aku tak bagi sapa2..aku buang jeee, takut dapat saham.....


---------

waalaikumussalam bintang kesejukan,
ahlan wa sahlan...wekam, wekam..
aku pulak harap, nyawa aku dicabut sebaik saje aku dan tanggungan aku confirm tak cecah api neraka...itu paling aku takotttt..


p/s aku jeles ngan orang yg tak terdidik dgn tv dalam hidupnye....termasuklah tv pendidikan...

coldstarz_12 said...

setiap nama ada maksud yang tertentu...
aku bukan bintang yang kesejukan la HUCS...
aku sebenarnya bintang yang dingin - tak bergemerlapan macam bintang orang lain...
itu definisi bintang aku kat dunia ni - sapelah aku ini-
even my STAR get the soul, but my spirit's sleeping somewhere COLD,im alive but im kept in the dark and there's nothing inside! i live once but i will die forever - it's involved with my life from A to Z -
- minggu lepas aku tengok siaran national geo.ada kisah orang asli di africa, yang tak pernah jumpa pantai, dorang takjub, dan mengatakan bertapa Hebatnya tuhan ciptakann air pantai yang tak putus-2 bergerak tiap saat!! - masa tu jugak aku rasa sayu - apalah guna dunia ini jika tiada ilmu..!!!
aku rasa sedih ngan kesesatan mereka - walaupun mereka mengamalkan animisme - tapi at least mereka berpegang teguh dengan kepercayaan mereka tu (walaupun karut) sedang kita...??? sesat dalam terang...?

Anonymous said...

Zaman sekarang ni hucs, semua orang nak mudah. Makan nak mudah, kerja nak mudah, kawin nak mudah hingga agama pun nak cari yang mudah diamalkan. Jadi bila Iman tak kental maka mudahlah ia dibolak balikkan. Semoga kita sentiasa berdoa agar Iman kita sentiasa ditingkatkan InsyaAllah dan dimatikan dalam Islam dan berIman.

Hamka said...

Dajjal RETURN
tambahan,
aku pernah jumpa ngan org gila kat kampung dusun raja kelantan, selamba jer dia cakap yg dajjal tu adalah TV!

antara dalilnya...

(((; “Apabila Dajal datang, mata kanannya adalah buta dan mata kirinya akan bersinar seperti bintang.” )))

Bersinar?! macam TV

((( “Di dahi Dajal akan tertulis kalimat kafir Ia akan dapat dibaca oleh setiap Muslim sama ada yang buta huruf ataupun tidak)))

TOSHIBA,PHILP,SAMSUNG eh nama kafir tuh…


(((“(Kelajuan perjalanan Dajal) adalah seperti awan yang dipukul angin.”). ““Dajal akan melompat antara langit dan bumi.” )))

Eh..pantasnya…macam siaran langsung!


(((; “Dajal akan membawa sesuatu seumpama syurga dan neraka. Syurga Dajal adalah neraka dan aku mengingatkan mengenainya sebagaimana nabi Noh mengingatkan kaumnya mengenainya )))

oh ni banyak dlam filem yg mana hero, mesti minum arak dan berzina, kalu islam hero selamba tak solat berjemaah, jadi hero ha ha ha, tapi yg solat jemaah yg ada janggut, tv cerita itu pengganas, jahat dan lain2…memang dajjal le engko
.

((( “Golongan terakhir yang akan mengikut Dajal adalah kaum wanita )))

satu kajian, perempuan memang ramai tengok tv…(bini aku!)

ps: ada satu kes siaran lagsung rangcangan ugama jam 4 petang habis jam 5 petang he he solat asar berjemaah depan tv ke bang? Memang selamba kena tipu kat dajjal

kejap2 aku lupa Tanya org gila tu komputer ni dajjal ke tak, nama kapir nie :DELL argh akupun kena tipu kat dajjal…kat rumah aku ada dua bijik TV

syaitan kata: alah hamka, dajjal mata satu, kau ada dua TV..

aku: astarfitullahilazim….
(patutlah rumah tok guru aku takde TV)…isk…

abu_harraz said...

bintang dingin..
-memang sesat dalam terang.confirm.nak salahkan 'torchlight' takde bateri pun tak bleh...uhuk..uhuk..

pakcik zabs (or abang zabs)?
-zaman skang tu zaman hucs ke? memang semua mudaahhhh je dari dulu..hehehe
tapi kawin tak mudah la zaman skang..macam protokol....yang mudah2 je buat kawin sendirik ramai ler...
dan AMiiiinnn (utk doa mu)

hamka return...
hehe..
kajian mana ko ambik hamka pasal jantina yang tengok tv? aku rasa macam sama je result kajian kita...hehehe

incognito anonymous pseudonymous said...

hucs.. aku bukan berguru pada tv..
cuma mengambil iktibar dari cite2 yg berfaedah.. bukannya cite astana idaman atau bawang putih bawang merah.. only braindeads would be lost in tv.. open your mind.. camne lagi nak tgk muslims in china.. how they live their lives as a muslim in china..
zabs, hamka.. bukannya ambil mudah.. tapi buat masa skang ni mmg bercinta la nak belajar sampai ke negeri china.. hangpa kalu dah sampai ke china habaq mai la camna islam di sana..

hucs.. sape guru kau?

abu_harraz said...

incognito,
guru aku pun tv gak..

aku dah lama bukak minda aku,
tapi selain tv, banyak lagi cara boleh belajar.

CD atau DVD.
Library
dan macam2 lagi

TV kat rumah ni byk masalah dari kebaikan.
Arial tv tu kalau buang takpe gak, pakai DVD je atau CD.
Banyak kan spend masa membaca. tengok tv ni buat lemah fikrian.

pakar psikologi kanak2 pun kata kanak2 yang membaca lebih kreatif dari yang menonton tv sebab takde imaginasi.

aku pun tak tau..sebab cikgu aku pun tv..hahahah

satu lagi, internet pun ada...internet lain..tak macam tv..sebab boleh dikawal. nak access nye susah. tv? sonang ba ituu

abu_harraz said...

bila masa nak tengok tv.

pagi:
5.30 - 6.30 bersiap utk solat jamaah kat surau/masjid
6.30 - 7.00 bersiap ke pejabat
7.00 - 8.00 perjalanan ke pejabat
8.00 - 12.00 - kerja

tenghari
12.00 - 1.00 lunch
1.00 - 5.00 kerja, solat jamaah zuhur, solat jamaah asar

petang
5.00 - 6.00 balik kerja
6.00 - 7.00 riadah

malam
7.00 - 9.00 bersiap ke masjid surau untuk solat zuhur/isyak berjemaah

9.00 - 9.30 melayan anak2, isteri, keluarga

9.30 - 10.00 - tilawah/hafazan

10.00 -11.00 - baca bahan ilmiah, kitab dsb

11.00 bersiap untuk tidur

lepas tgh malam
3.30 bersiap untuk tahajjud

mana ada masa nak tgk tv? tu baru basic tuuuu...

abu_harraz said...
This comment has been removed by a blog administrator.
coldstarz_12 said...

Assalamualaikum...
aku rasa ko lupa nak letak time...

sampai opis kul 8.00 - restart pc -then check blog jap....
antara 8-12 - balas komen kat blog)
13.00-17.00 - up dated blog (post tajuk baru bla bla

(hehehehe)
jgn marah ah... ingat anda berada di bulan posa ni, tingkat kan kesabaran anda..
anda mampu mengubahnya!

abu_harraz said...

hehehe..
adusss....terkena btg idong..
tapi takpe..asalkan keja siap.....hehehe

tak mare....cuma terinsaf kejap