Assalamualaikum…
Sapa kat sini yakin yang lunch hari ni or malam ni dia belum mati?
Or Sapa kat sini yakin yang esok, minggu depan, bulan depan, tahun depan dia tak duduk dalam kubur sorang2?
Ok..since semua takde angkat tangan, aku assume semua yakin yang BILA2 pun kita boleh mati..
Wokkeh…(senang sikit nak citer)
TOPIC : Jangan lalai dari ingat Allah walau sesaat(untuk muslim sebab ni bulan puasa, so aku amik kesempatan sikit…non muslim nak baca takde salahnye, kalau konpius boleh tanyalah orang2 yang mengaku ISLAM berhampiran anda secara cyber or secara fizikal)
Bismillahirrahmanirrahim…
Kita dah tau mati itu satu proses....nak tak nak, sedia tak sedia, kita akan melalui prosess itu.....cepat atau lambat, giliran kita dah ditentukan.
Maka akan bermula hidup baru kekal abadi..(read: INFINITI)
Hidup baru ni, yang kekal abadi ni akan berbekalkan amalan kita di dunia (sekarang) – so, kalau ikut analogi, kita tengah buat bekal la ni…..cukup ke bekal aku? (bekal tu kena buat sekarang, tak boleh renew..tak bleh tambah…)
Contoh 1: Aku nak tengok final world cup. Walaupun hanya beberapa ratus minit sahaja, preparationnya boleh tahan jugak. Siang tidur cukup, prepare seat elok2, malam buat air nescafe/kopi cap kapal api/tongkat ali, makanan kerepek keropok, nasi goreng, air coke, dan macam2 juadah lagi...
Contoh 2:Masa kecik2, perjalanan kita ke sekolah….kejap je..beberapa jam je..Itupun mak dah risau..cukup ke bekal kamu? Nanti lapa nanti?
Kenapa sepatutnya tak payah risau sangat?: Tu tak pe la..ok lagi..sebab kalau abih pun bpetang dah balik umah emak…boleh makan..esok boleh renew bekal etc etc..
Contoh 3:Aku nak travel around the world...kira paling lama lah tu...
Persiapan? Subhanallah..berbulan2....kalau tak cukup duit, mungkin makan tahun nak prepare, ye la nak pegi Disneyland lagi…macam2 la kan
Duit, duit, duit, tempat tido, duit lagi dan lagi, makanan, pakaian, dan segala2nya..
Itu baru untuk round the world in 80 days tu.....
Kenapa sepatutnya tak payah risau sangat ? Teruk2 pun pokai, kena tahan, kena deport…..balik ke mesia balik..home sweet home. Boleh l atambah bekal mana2 tak cukup….Cuba kalau masa perjalanan tu ABADI????Selama-lamanya??? Cam ner nak bayang ek? sampai bila2 ...isk..payah betul nak imagine.
NeverEnding Story pun ada penutupnye..
Neverland pun ada penghujungnya..
Netherland pun ada sempadannye.
German2006 pun ada penghabisannya.
LigaM pun dah habih daah..
Akedemi Fantasia pun 3 bulan je..tu pun skang macam dah tak nak laku
So, berbalik kepada cerita kita nak BALIK ke kampung ASAL kita ni,
Berapa banyak kita nak packing? Cukup ke 30 tahun punye amal?, 40? 50? 60?
Tolak keja, tolak naik keta, tolak karaoke, tolak tv, tolak tengok CSI, tolak tengok cerita2 desperate, tolak tengok MISTERI, tolak tido tak baca bismillah, tolak majlis buka puasa tak ingat dunia makan all-you-can-eat, tolak movie, tolak cakap tepon, tolak tengok bola, tolak update blog, tolak amal yang tak berapa iklhas, yang tak berapa kualiti sebab takut termiss telenovela..tinggal la berapa je?? Cukup ke??
So…kenapa dan mengapa dan secara logik akalnye..
- aku boleh lagi tengok CSI? browse internet? dengar lagu?tengok wayang, layan kuch-kuch hota hai 3 jam?
- aku tahu bila2 aku boleh mati..aku yakin yang aku mungkin tak sempat berbuka hari ni pun..tak sempat nak tarawikh atau nak bertahajjud or nak qiamullail...tapi tak buat sebanyak-banyaknye
- aku memang yakin ibadat(read: bekal) aku tak cukup, aku tak tambah sungguh? Nak kebuloq ke aku ni?
- aku yakin dengan azab api neraka yang 70 kali ganda panas dari api kat bumi, aku tak bersungguh2 mintak jauh daripadanya, (kalau nak jumpa bos lepas buat salah, bersungguh2 mintak bos tak marah dalam hati?
Kenapa? Kenapa? aku pun tak berapa nak sure..Cuma yang aku tahu...mesti sebab tipu daya syaitan dah BERTAKHTA dan BERSARANG dalam hati aku...Syaitan dah tipu aku and kata macam ni:
“ Alaa….mati lambat lagi..ko kan muda lagi…”
“Alaa…sekali ni je”
“Alaaa..once in a lifetime ni..mana ada repeat lagi event ni, tengok live je best, tengok ulangan buat apa”
Atau paling teruk
“Alaa..ko kan dah ISLAM, apa2hal mesti masuk syurga punye, at least ko beriman)
Dipendekkan kan cerita, since ramadhan ni adalah madrasah untuk mensucikan hati..Aku kena la pergunakan masa sebaik2 mungkin......
Dah hari ke 9...dah 9 hari aku terbazir sebab tak buat ibadat sampai bersengkang mata..nak bangun malam pun terlajak...haw haw haw..beraat je mata...
Aku rasa kena terapkan semangat world cup la…
Bangun malam…..amik air semayang, solat 2, 4 or 6 rakaat…
Baca quran 2 -3 page…dah kira qiamullail sekali ngan tahajjud .
Total baru 30 min. World cup? MINIMUM 105 min. baru satu pertiga je….tu kalau satu game semalam..kalau 2-3 game?
Tapi…sebab hati aku masih sakit….belum pulih seperti fitrah…..
Amat payah…..uhuk.uhuk… :'(
Tapi aku masih ada masa.....
- ada shortcut dan bonus point lagi - contoh malam lailatulqadar)
- tinggal aku je nak doa agar jumpa malam tu, malam yang lebih baik dari seribu bulan (83 tahun 4 bulan) dengan amal ibadat yang ikhlas- RUGINYE....kalau “miss the boat”(phrase waktu berada dalam madrasah aku perasan nak ke amerika)
Tapi takpe lagi rugi sekarang..masih ada can.. (read:chance)
Kalau nak tau RUGI yang SEBENAR2 RUGI..bila dah duduk dalam kubur sorang2 nanti.......bila 'malam pertama' bersama mungkar dan nangkir..bila kena gertai, hambat, palu dan bantai, dan macam2 ada..
Masa tu sori la nak kata “aiman tak kisah”..tak sanggup beb…
Malatop kat dalam tu. “world” tak “world” nye..sendiri mau ingat la (nauzubillah)
Ada lagi ke senyum sokmo??
Masa tu dah terlambat...saat nadi masih berdenyut ni.. grablah kesempatan.....
Maka – bawak2 la bertaubatlah SELALU (nabi buat satu hari 70 x) , beristighafar lah dengan sebanyak banyak banyak banyaknye sehingga melebihai lemon2 yang melimpah dalam iklan tv tu...atau lebih banyak dari barang kontena iklan mega sale.
Mintak dijauhkan dari azab kubur dan api neraka...dan api neraka..dan api neraka
ASTAGHFIRULLAHALAZIM.....
Ada orang kata, I am a MUSLIM. Iman sebesar zarah pun boleh masuk syurga..walaupun banyak dosa..
Aku kata, ye benarrrr kata kao… tapi:
Pertama : Mana aku nak tau iman aku sebesar zarah? Betul ke ada IMAN in the first place. Sebab kita kena ingat dugaan masa sakaratul maut…? Dugaan yang paling hebat. Jeneral syaitan datang kacau and nak pesongkan kita. Menjelma dengan muka orang yang kita amat sayang, dan cuba menghasut kita berpaling dari Allah – Naudzubillah.
Bestnye mati bulan ramadhan, jeneral kena ikat, takde la kena kacao.
Aku dah prepare ke nak tangkis?Macam mana nak prepare??
Perbaiki iman sentiasa, Jangan, jangan, jangan tinggalkan ibadat fardhu, jangan tinggalkan ibadat solat muakkad, banyakkan solat2 sunat, ibadat2 sunat ‘kecil’ (kecil bak kata sesetengah orang, kalau dia nampak macam mana sunat kecil ni boleh hapuskan dosa2 kecil dia yang lain..mesti tak tinggal punyelah)
Contoh: Kalau kita masuk toilet langkah kaki kiri and keluar kaki kanan, tetiba balik ke tempat kita, nampak ada cash RM 1000, mesti kita tak tinggal buat benda tu kan? Sama gak dengan pahala...cuma tak nampak...ia tetap dikreditkan..cuma kita tak dapat penyata, sebab tu susah nak yakin and tambah point tuuu)
Kedua : Ye boleh masuk syurga..tapi kena masuk neraka dulu beb….Ada berani? Aku pengecut bab ni ...Although this is a free country and free web. I punye pasall lah (kata sesetengah orang)……tapi please be reminded, Allah tak bagi ni’mat utk free2 je….S
ekian lagi sekali dari aku yang agak free…
p/s - Ni kang, ada yang dapat email kata aku tiru blog orang lain..nak buat cam ner..dah sama…sabaarr je laaaa..
Ni lagu untuk orang yang rindu kat Allah dan KAMPUNG halaman:
(aku belum lagi bleh pakai lagu ni kot...tak ready maaaa. Korang OK kot??)
Siapa bilang mati tak menawan,
Tak menarik hati, Tiada memikat...
Kalaulah memang tak mungkin aku tertarik,
Kalaulah memang tak mungkin aku kan jatuh...
Aduhai..........
Lepaslah dugaan dunia,
Berehat lah sepuasnya,
Terang benderang kuburnya,
Aduh anggun dirinya....
11 comments:
ada kesamaan ngan topik tazkirah kat surau smalam.. mula aku nak angkat kaki belah sebab ustaz tu sampai lambat.. biasa sebelum tarawikh buat tazkirah.. tapi semalam lepas tarawikh baru start.. at last aku melangkah sandar kat tiang.. yang samanye.. kena masuk neraka dulu beb.. nak tambah sikit.. neraka ni dari permukaan ke neraka paling bawah perjalanannya 70,000 tahun, kiraan akhirat, bukan dog years, bukan earth years, tapi akhirat years.. topic lain yg dibincangkan.. iqra'.. bacalah.. apa yg ko tgh baca tuh?!?!
aku tgh baca email dari bos berkenaan hal-hal yang melaghokan yang aku masih kena buat...
sedihnyeee....
by the way..surau mana???ko ni jiran tgkt 11 ke? tulihla nama samaran, kalau anonymous..ramaiiii..
hehehe
-hucs-
saja ja pakai nama middlename aku..
woiit tu salah org aaa..jiran ko ni baru nak reply....huhhh aku ngaku aaa aku ni ambik mudah pasal mati...benda lain memang aku prepared aaa bab mati ni aku prepare gak tp selalunya yg basic mcm solat etc..tp bila nak solat mlm ke apa ke...susah tu...yerr lah aku dah awal2 lagi set tido tu sedap...anyway aku rasa bila aku ingat mati aku dah tambah amalanlah tp bila aku leka...bab mati tu cam biasa jerr...pelik tapi benar...itulah manusia kan...ehhehe
jiran tingkat 11 yg tulen hehhehe..
aku dapat berita, masjid besar Negeri pahang akan adakan program beriktikaf di masjid pada 10 ramadhan, julung2 kali di adakan, sekarang diorang meeting pasal nak jemput ustaz dan ulamak..
subhanAllah!
jiranku yang setia,
hehe
sama la kita ingat mengingatkan...
dulu aku kata nak banyak ilmu...
skang ada sikit ilmu pun tak amal..
so..aku kenal amal dulu baru sambil2 tu bertambah dan BARAKAH' ilmu itu...
InsyaAllah..
Apalagaaaaa.....malam ni cuba set bangun...kejap je dua rakaat, quran satu page..dah ok dah tu..
hamka,
ye ke?
MasyaAllah.....semoga Allah membalas usaha mereka untuk mejayakan program...harap takde nasyid midnight...hehhe
tazkirah kat surau ari ni.. still mendalami ramadhan.. antaranya.. syubahah dalam halalnya makanan kita.. termasuklah juadah2 di bazar ramadhan..
tapi yg ni aku saje nak pesan kat kau dan utk diriku sendiri.. tak dicover dlm tazkirah tadi.. just ngan mengingatkan kita semua.. janganlah kamu berburuk sangka terhadap orang lain.. kerna itu sudah kira mengata = mengutuk = mengumpat = berat tu bang.......
incognito,
aku nak tanya ikhlas,..
post2 aku ni ada burok sangka atau mengumpat tak?
tolong point kan, and aku akan delete tarrruussss...
bukan apa, dah la aku ni berat..tak kan nak berat dosa lagii....
tima kasih banyok..
kita kena ubah la konsep/kewujudan bazar ramadhan...
dah jauh sangat dari sunnah nabi ni....
aku pun slalu jauuuhhh...
kalau dah jauh dari sunnah wajib,
apatahlagi sunnah sunat....
:`(
hi hucs,
baca post u yg nie buat i lagi nervous! tba2 tergerak plak nak check out your blog hari nie!
hi belum muslim,
wekam..wekam..
jemput2lah mengomen sebab aku pun belum pandai lagi...kot2 ada benda nak pertikai/tanya, bleh la i pun sama2 carik jawapan...
Post a Comment