Monday, October 16, 2006

Love. Am I in love?

Lagi-lagi tazkirah surau opis punye input…..hucs ni takde idea sendirik ke?

Selingan :
Sebelum aku mulakan cerita tok selampit aku, just nak share information dari Ustaz. Dia cerita pasal budak scholar Petronas (seorang lelaki dan seorang perempuan) yang nak pegi study di France dan UK.

Budak2 ni, darjah 5, mak depa hantar ke sekolah tahfiz. Tak penah amik UPSR dan PMR (pompuan amik PMR). Yang aku nak citer ni yang lelaki.
Setahun setengah masuk tahfiz, Alhamdulillah, telah bergelar hafiz. Dan dia masih mengulang bacaan hafiz sampai lah umur 16 tahun utk bagi lagi expert. Sampai dah 30 kali kahbarnye.
Bila lagi setahun nak masuk umur 17 tahun, mak budak lelaki ni kata, tahun depan amik SPM. Dia kaget dan akur…
Dia hanya pergi tuition je…tak penah pegi sekolah…
Amik SPM (SPM kan skang sijil terbuka) dapat 13As

Subhanallah…….
Moral: Marilah hafal quran.(Nanti bleh amik SPM skali lagi dan score giler2 kalah amalina.) Mulakan dengan Al Fatihah. Kalau boleh hafal , maknanye bleh jadik hafiz la tu…InsyaAllah..janji jgn jemu…(mcm perli aku je)..

Ok..back tu the content of the Ustaz ‘s tazkirah.

Dia cerita pasal CINTA…jeng jeng jeng..bulat mata semua orang…

Katakan aku ada 4 orang bini: (ini hanya khayalan ngeri semata2)

1.Khadijah (bini paling tua)
2.Sumayyah (assistant chief)
3.Mastura – ganjaran
4.Diana (bini paling muda dan kiut)

Setiap kali balik ke rumah setiap bini, macam2 kerenah dapat di bandingkan.
Aku amik contoh balik kerja la….

Diana (bini paling muda)
Aku: Na, tolong bawak air kat abang…abang penat baru balik ni
Diana: Alaaa…abang ni..(muka mencuka sambil bawak air) Kan ke boleh amik sendiri. Na tgh tengok telenovela ni… Nanti lepas minum letak balik kat dapur

Mastura (bini #3)
Aku: Mas, tolong bawak air kat abang…abang penat baru balik ni
Mastura : (Sambil membawa air minum di tangan) Mas dah tolong abang, tapi nanti Abang kena tolong Mas pulak….ye..bawak Mas gi jalan2 petang ni

Sumayyah (bini #2)
Aku: Yah, tolong bawak air kat abang…abang penat baru balik ni
Sumayyah : Bb..bbbaaikkk bb..bb..aangg…(Sambil berlari kelam kabut ke dapur dan keluar membawa air) Ss ..ssee ddaa..p ke air bb baa..nngg? Kalau tak sedap jgn ler tidur rumah bini lain ye….Yah boleh buat kan yang lain….

Khadijah (bini tua yang dah season dan cool)
Aku: Jah, tolong bawak air kat abang…abang penat baru balik ni
Khadijah: Oh, dah siap dah airnye bang . Ni ha ada kuih sket Jah buat sebab tau abang nak balik. Abang lenguh kaki kan? MEh Jah picit sket…

O.k dalam banyak2 bini tu..sapa yang korang paling suka, paling redha, paling cinta, paling kasih?
Kalau kita pegi outstation, sapa yang kita paling ingat?
Aku pilih bini tua yang dah season tu. sebab tu aku tanak bini lebih dari satu..yihaaaa..

Moral : Ingat senang ke berbini lebih dari satu??

O.k…
Sekarang compare kita dengan Allah…

Adakah kita :
Rasa terpaksa seperti bini #4 yang paling muda yang acuh tak acuh dengan kita?
Harap ganjaran Allah seperti bini#3 mintak balasan dari kita?
Takut Allah seperti bini #2 takut ngan kita?
Cinta Allah seperti bini #1 tadi yang amat memahami dan kasih pada kita?

Kata2 orang yang rasa terpaksa:
“Esok puasa? Ye ke? Rasa baru je puasa.Nak buat macam mana..dah bulan puasa, puasa laaaa..”
“Alaaa…nak kena solat jamaah pulak…….”
“Aisey….Ustaz ni berceramah pulak…orang nak cepat ni”
“Isk…hari ni hari Jumaat, kena solat kat masjid…kacau timing betul laaaa”

Kata2 orang harap ganjaran:
“Aku nanti bila pergi umarah, depan kaabah, baru nak solat banyak2…tinggi sikit ganjarannye”
“Aku nak tgk fadhilat solat tarawikh malam ni. Kalau ganjaran dia kaw-kaw, aku nak buat 20 rakaat”
“Aku nak tunggu malam ganjil 10 terakhir, baru la work smart orang kata utk dapat malam lailatulqadr”
“Nanti aku bayar zakat ni, baru Allah murahkan rezeki aku”

Kata2 orang yang takut:
“Isk….masuk neraka kalau tak semayang”
“Abih la aku, Allah nanti marah sebab aku termengumpat tadi”
“Alamak!! Terlepas subuh. Takut!”

Kata2 orang yang Cinta Allah
“Astaghfirullahalazim…..tak terjaga aku waktu subuh tadi (sambil menangis sebab terlupa kepada yang di CINTAI)
“Tak sabar nak tido awal, malam ni ada ‘date’. Nak buat tahajjud”
“Oh Ramadhan datang lagi minggu depan. Tak sabar rasanya nak beribadat dalam ketenangan”
“Ya Allah, semoga Engkau redha dengan ku dan setiasa mengasihi ku sebagaimana aku cuba mengasihiMu”
“Aduh…sakitnye kena pisau. Tapi takpe Allah nak suruh aku ingat Dia dan dia nak ampun dosa2 kecil aku” (sambil senyum)

Jadi….marilah kita dapatkan CINTA ALLAH yang abadi itu…..

9 comments:

mommy@lif said...

tq for sharing & reminding

abu_harraz said...

mak alif,

demi masa,
sesungguhnya manusia kerugian,
melainkan mereka yang berpesan2 dengan haq(kebenaran) dan berpesan2 dgn kesabaran.

wekam..wekam...
wekam to the bellog oso...

coldstarz_12 said...

assalamualaikum...
aku rasakan, aku pernah dengar citer ni, kisah saudagar yang ada 4 bini..
4th -is our body, no matter how much time and effort we lavish in making it look good, it's leave us when we die
then,3rd - is our possessions, status and wealth, when we die they all go to other.
2nd - is our family n friends, no matter how close they had been there 4 us,when we alive,the furthest they can stay by us is up to the grave
1st -is in fact our soul, often neglected in our pursuit of material wealth and sensual pleasure. Guess what?it is actually the thing that follow us wherever we go. Perhaps it's a good idea to cultivate and strengthen it now rather than to wait until we're on our deathbed to lament....

tapi apa-pun it's work! post ko pendek-2 la hucs,sekejap sangat dah habis baca,tulislah panjang-2 skit,aku ni ska membaca,dan suka komen...maaf lah kalu ko terasa k. Aku harap ko akan menaip dan menaip lagi...kita sama-2 kongsi ilmu k..
thanks anyway buddy!

abu_harraz said...
This comment has been removed by a blog administrator.
abu_harraz said...

aku bukan apa...kang kena sound pasal kegunaan masa bekerja...hehe..masa lunch je ada masa nak buat..mlm bulan ramadhan ni tak buat blog...heheh

tapi tu citer aku reka sendiri..hakcipta aku tapi Allah punye...hehehe..

ustaz tu bagi contoh anak 4 orang, aku tukau sket...buat kisah bini...

comment ko dah sama panjang ngan entry aku..takpe...ini space blogspot..bukan server aku..hehe

incognito anonymous psedonymous said...

brader hucs..
itulah mukjizat al-quran namanya.. aku tak berapa pasti ayat mana or surah mana but the meaning of it goes something like this.. "Quran is a book of universal guidance for the whole of mankind.."
kesimpulan yg aku dapat dari cite ko tu.. bacalah/hafallah al-quran dan maknanya.. berpegang pada ayat tapi bukan maknanya pun tak leh gak.. fahami/dalami/selami al-quran yg sememangnya untuk manusia akhir zaman..
manusia because many of kafirs have made use of it.. either to slam islam or to gain upon it..

ps: selamat menjalani akhir ramadhan.. semoga kita akan beroleh rahmat dari Allah..

ps2: kalau aku menyimpang lepas ramadhan.. tolong peringat kat aku..

abu_harraz said...

maka benarlah kata2mu itu incognito. (aku nak jadik hucs as siddiq)

p/s : aku sedih..sudah tiba di penghujung ramadhan. bulan yang penuh barakah. tenang dlm beribadat.
ramadhan agaknye dah merajuk..nak tinggalkan aku :'(

pps : MLM NI KENA BALIK LAMBAT!!! AKU TENSEN TAK TERKATA TERHADAP BOSS AKU!!! DOAKAN AKU GAGAH MENGHABISKAN TARAWIKH DAN BERTAHAJJUD MALAM NI...

incognito anonymous pseudonymous said...

hucs as siddiq..
selamat mendirikan malam2 akhir ramadhan..
berpesan2 la kat boss kau tu.. audit akhirat lagi hebat..

seni_itu_indah said...

Before marriage. .
Darling here.. darling there...
After marriage.
Baling here... baling there..

Before marriage. .
I die for you. . .
After marriage.
"You die, up to you. "
Lagi lama married. .
You die I help you!

Before marriage. .
You go anywhere. . I follow you.
After marriage. . .
You go anywhere. . up to you.
Lagi lama married. . .
You go anywhere better get lost!!

Before wedding
you are my heart, you are my love"
After wedding
"you get on my nerves. "

Before wedding
"you are sweet and kind just like
Cinderella"
After wedding
"you are worse than godzila"

Before wedding
Roses are red, violets are blue. Like it or
not, I'm
stuck with you
After wedding
Roses are dead, I am blue. You get on
my head, I
will sue you

Before wedding
Every makan he brings you to Shangri-La
After wedding
You want to go, he says you wait-la

Before wedding
She looks like Anita Sarawak
After wedding
Don't know whether katak or biawak.....