Tuesday, September 19, 2006

TALKIN - versi baru

Aku dah mintak izin tapi belum dapat approval, tapi aku guna jugak karya mamat ni
Sebab aku nak share ngan all my friends here...so that kita nanti tak menyalahkan orang lain di akhirat kelak..


Apa itu TALKIN?
(dari blog www.keretamayat.blogspot.com)
Wahai mayat, tahukah engkau, apa yang kubur akan buat atas engkau?
Kubur akan koyakkan kain kafan engkau,
Kubur akan hancurkan tubuh engkau hingga menjadi keping-kepingan…
Kubur akan hisap darah engkau sampai kering
Kubur akan meratah daging di setiap tubuhmu…

Wahai mayat, tahukah engkau, apa yang kubur akan buat atas persendian-persendian di tubuh engkau?
Kubur akan pisahkan tangan engkau dari bahu,
Tangan dari lengan,
Punggung dari tubuh,
Paha dari punggung,
Lutut dari paha,
Betis dari lutut, dan kaki dari betis…

Wahai mayat, tahukah engkau?,
kehidupan di dunia dulu terlalu singkat,
Dan dunia telah banyak menipu engkau…
Yang hebat di dunia, hina di akhirat…Y
ang kaya di dunia, fakir di akhirat…
Muda di dunia, cepat menjadi tua…
Yang kau tinggalkan tak lama lagi akan jadi mayat macam engkau jugak…
Kau telah biarkan dunia menipu engkau, dengan menarik perhatian engkau
Padahal, engkau selalu melihat betapa cepat dunia berpaling dari pemuja dan pecintanya..
Yang bodoh bangang sahaja mudah terpedaya dan terperangkap oleh dunia…

Di manakah engkau pencinta pecinta dunia yang telah mendirikan rumah yang besar…?
Yang telah berjaya menhabiskan bayar loan kereta yang mewah itu?
Yang telah berjaya menyimpan sejumlah wang yang besar dalam bank?
Engkau telah hidup di dunia selama masa yang terlalu sedikit lalu pergi dari sini dengan meninggalkan segala-galanya yang telah engkau penat kumpulkan dan bersusah payah memiliki…
Semasa hidup di dunia, engaku telah menikmati kehidupan yang sihat sempurna serta kekuatan jasmani yang memperdayakan engkau sehingga engkau mulai hidup dengan mengikut hawa nafsu serta melakukan dosa dosa!!!

Demi Allah!Engkau telah di cemburui di dunia kerana memiliki harta yang banyak…
Engkau menghadapi bermacam-macam halangan untuk mencari harta, namun demikan, akhirnya engkau berjaya mengumpulkan harta yang banyak…
Orang lain di dunia merasai hasad dengki terhadap engkau…
Tetapi engkau tidak hairan dan tanpa peduli engkau terus mengumpulkan harta sambil menahan segala jenis kesusahan dan kepayahan dengan rela hati…
Tetapi, lihatlah hari ini..bagaimana tubuh engkau di seksa oleh bumi dan bagaimana keadaan persendian-persendian di tubuh engkau, dan tulang tulang engkau di makan ulat…

Semasa di dunia engkau berehat di atas sofa yang lembut lagi mewah dan di kelilingi oleh kekasih-kekasih dan sahabat sahabat.Kawan kawan, anak isteri, saudara mara, jiran jiran sentiasa mengikut kehendak engkau..
Tetapi sekarang, apakah yang sedang berlaku..?
Kami bertanya engkau wahai mayat dengan suara yang kuat!
“Bagaimana keadaan engkau sekarang ini?”

Orang kaya jadi mayat orang kaya, orang miskin jadi mayat orang miskin,
Dan semuanya terbaring dalam padang yang sama

.Wahai mayat orang kaya…
Apakah harta engkau sedang memberi manfaat kepada engkau?
Wahai mayat orang miskin…
Apakah kemiskinan engkau sedang memberi mudarat kepada engkau?
Wahai mayat..Bagaimana keadaan lidah engkau yang selalu hebat berhujah itu?
Bagaimana keadaan mata engkau yang selalu memandang ke segala arah itu?
Bagaimana keadaan wajah engkau yang cantik itu?
Adakah ulat-ulat di kubur berbuat apa apa?
Ya! Wajah engkau sudah menjadi hitam!
Daging engkau sudah habis di makan!
Wajah engkau menjadi hodoh ditekan tanah!A
nggota tubuh engkau sudah terputus putus dan sendi sendi engkaupun sudah terpisah satu dari yang lain…!!!
Oh! Di manakah isteri engkau yang sentiasa menyahut.. “ya, bang..”
Di manakah tilam sepertiduran engkau dan isteri tersayang?
Di manakah buku simpanan yang engkau begitu ambil berat dengan jumlah angkanya dulu?
Di manakah wang insuran yang telah engkau korbankan setiap bulan?
Adakah harta engkau sedang membantu engkau sekarang?
Dalam liang kubur ini, tidak di hamparkan alas tidur,Tidak di sediakan bantal,Di baringkan atas tanah begitu sahaja…Alangkah sedihnya!
Engkau di tinggalkan seorang, dalam gelap gelita…
Dalam himpitan tekanan tanah…

Kini, siang dan malam menjadi serupa bagi engkau…
Engkau tidak dapat berjumpa dengan kawan kawan lagi…
Dan kawan kawan juga tidak dapat menziarahi engkau lagi…
Alangkah begitu ramai mayat dalam kubur…
Semasa hidup di dunia mempunyai tubuh yang lembut lagi cantik,
Mempunyai rambut yang kuat, pipi yang gebu, gigi yang putih bersinar..

Wahai mayat lelaki kacak dan mayat wanita jelita..
Kini tubuh engkau hancur, anggota anggota badan sudah terpisah satu dari yang lain,
Mata yang cantik dulu, kini terkeluar dari tempatnya dan mungkin di atas pipi..
Bahu sudah menjadi asing dari tubuh,
Mulut penuh air busuk dan nanah,
Binatang binatang melata sedang bergerak di seluruh tubuh engkau
Engkau di tinggalkan dalam keadaan sedih begini sedangkan pasangan engkau bakal berkahwin dengan orang lain, anak anak sudah mengambil alih harta yang engkau kumpulkan itu..
Waris waris sudah membahagikan hartanya…

Namun wahai si mayat…

Sekiranya di dunia dulu engkau tidak lupa dengan rumah yang asli ini,
dan engkau selalu mengutamakan akhirat daripada dunia,
dan engkau selalu mengumpulkan bekalan di sini sebelum engkau sendiri yang datang,
maka dengan wajah mayat yang segar dan cantik, berehatlah engkau di dalam ini kubur dengan penuh keseronokkan dan kesejahteraan..
Nanti satu pintu shurga akan di buka untukmu..,
lepaskanlah pandangan mata sejauh kaki langit menikmati taman shurga yang mana apabila sangkakala bertiup kelak!Selamatlah engkau menuju shurga yang kekal sejahtara abadi…"

(Kemudian imam berpusing dari duduk di hadapan kubur lalu mengadap kepada orang ramai yang datang menghantar jenazah..lalu mula membebel macam mak nenek..imam berkata..)Talkin Sesi kedua: untuk bakal mayat..

Wahai korang semua yang bakal jadi mayat dan yang pasti esok akan masuk kubur!
Apakah yang menjadikan korang terperangkap dalam urusan duniawi?
Adakah korang harap dunia yang penipu ini akan sentiasa bersama korang?
Rumah korang yang besar, kereta yang besar, pangkat yang besar..malaikat maut tak pedulipun..Malaikat maut diperintahkan untuk menjadikan korang mayat buat selama-lamanya,…tapi korang jika boleh mintak ditangguhkan selama beberapa tahun lagi bagi membuat persiapan…Tahun?
Satu saat pun Allah tak bagi…malaikat maut tak layan ‘surat menyurat’….
Kerana itu ada mayat yg ditemui dalam berbagai2 keadaan.

Ada Mayat yg nasi penuh nasi kat mulut..
Ada Mayat tg tengah mandi
Ada Mayat yg baru nak berserapan
Ada Mayat yg sedang bersetubuh
Ada Mayat yg sedang memasak
(Ada Mayat yg sedang baca blog..)
Macam2mayat ada -(sila rujuk bilik mayat)…

Takde makanan selama 7 hari mungkin kita menjadi mayat..
Takde minuman selama 3 hari mungkin kita menjadi mayat
Takde udara selama 10 minit mungkin kita menjadi mayat
Takde iman walaupun sebesar zarah..kekal dalam neraka selama-lamanya tanpa jadi mayat…!

Sebelum jadi mayat, buatlah usaha atas iman..…
Tak payan nak pening kepala,
Hanya dua usaha perlu buat di dunia ini sebelum jadi mayat….

1. Buat usaha selamatkan diri dari api neraka
2. Buat usaha masukkan diri ke dalam shurga.

Dan.. hari ini telah berlalu satu hari dan semakin sempit masa untuk selamatkan diri dari api neraka
Dan… hari ini telah berlalu satu hari dan semakin sempit masa untuk buat usaha masukkan diri ke dalam shurga.perisriwa semalam, mati hidup balik pun kita tak dapat undur, langkahan hidup kita semakin ke depan…
Ingatlah…
Langkahan kaki kita adalah ‘langkahan maut’...Menuju tempat menjadi mayat
Wahai ahli keluarga yang hari ini menutupkan mata saudaramu yang sudah jadi mayat,
wahai yang sudah memberi mandi kepada mayat,
yang sudah menghulurkan kain kafan pada mayat,
yang menghantar mayat ke kubur ini,
lepas ni siapa pulak yang akan jadi mayat…huh!
Tentu korang terbayang dlm otak fikiran akan siapakah yang paling tua dan sakit kat kampong korang lalu buat keputusan, iaitu tak lama lagi pakcik tu pulak..
Hello!!!!Hari2 dalam surat khabar cerita pasal mayat bayi dan mayat bapak budak ditemui di sana-sini….entah entah esok, aku jumpa mayat korang…bla bla bla bla…etc etc

(walaubagaimanapun… akhirnya pak imam sajer yang tinggal seorang diri membebel macam mak nenek, sebab korang semua perasan sibuk ada hal..,
maklumlah drama bersiri tak habis tengok lagi,
malam karang nak tengok CD Hindustan disc 3,
hmm, dengar kata ada jualan murah sempena ramadhan esok!,
baju raya tak tempah lagi,
hujung minggu ni nak kena up date lagu popular di carta radio,
Majalah sukan dan hiburan yang di beli minggu lepaspun tak habis baca lagi,
lagipun nak kena up date blog pulak hari ni,
hari tu dah kalah main futsal, malam ni mesti lawan balik,
nak balik kampung raya ni ingat nak kena tukar sport rim baru ler..,
eh, lagipun aku sibuk cari kerja yang gaji mahal tapi kerja senang ,
sibuk cari isteri cantik jelita macam artis tapi taat macam hamba,
aku sibuk cari suami hensem dan kaya raya tapi beriman..
ni yang perasan sibuk ni, nak kena cari semua tu, maklumlah,
berusahalah kamu macam hidup seribu tahun..bla bla bla blah blahhhhh)

Ok, semua orang dah boleh balik rumah masing masing..tinggalah mayat seorang diri…ps: Semua orang akan menjadi mayat…

3 comments:

hamka said...

rasa macam wali kahwin pulak bila mintak izin ni..he he

aku izinkan..

ps: semua dari Allah...

famil said...

"sibuk cari isteri cantik jelita macam artis tapi taat macam hamba,
aku sibuk cari suami hensem dan kaya raya tapi beriman.."

huh?!

Abu S.H said...

hamka,
tima kasey...
len kali bleh curik lagi..
bagi la 'blanket approval' utk aku curik. len kali tak yah tanya wali hakim ops....wali hamka, wali songo dan walimatul urus..

famil,
itu dialog rekaan utk org pompuan..bukan aku yang berkata2..hehe