Tuesday, October 10, 2006

AKIBAT TERLALU YAKIN

Tadi ada Ustaz dari tghanung bagi tazkirah ramadhan during lunch hour kat opis.
Dia cakap pekat tghanung, tapi tak sepekat orang2 tua di hulu tghanung.

Aku teringat kat kawan2 dan sedara mara dan isteri aku yang tghanung (bukan bermakna aku ada isteri yang bukan dari tganung jugok)

Satu benda simple yang aku nak highlight kat sini ialah part solat Jumaat. Walaupun dah penah dengor, tapi aku rasa tak salah nak mengingatkan. Lagipun kat alam cyber aku tak penah post lagi.

Kalau kita pegi penuhkan sejid (soseh soseh kedengaran dari jemaah orang kay ell : sejid? Psst..pstt..apa tu?) hari Jumaat sebelum Khatib naik mimbar, maka akan dapatlah pahala sebesar UNTA. Dan kalau lewat skek, dapat pahala sebesar, lembu, follow by kambing ayam…..etc..sampai lah ke teloq ayam…..(perumpamaan ye)

Jadi, kalau kita datang lepas khatib naik mimbar, maka sebesaq teloq ayam pun kita tak dapat. Kena pulak bercakap2 masa on the way nak ke masjid di mana khatib sedang baca khutbah. Langsung zero/sifar/yillek pahala solat jumaat kita pada hari tu..

Bayangkanlah, kita pergi walimatul urus pun dapat bawak balik teloq. Ini pegi masjid, rumah Allah, untuk beribadat, tak dapat pahala walau sebesar teloq? Dok ghok cetong kata Ustaz tu. Hehehe…

Di umpamakan lagi, kalau kita boleh nampak pahala tu, mesti tiap2 hari kita nampak orang bawak balik UNTA, AYAM, LEMBU dan ada yang berlenggang….
Lepas-lepas tu mesti orang pakat2 pegi awal sampai ada yang gamaqnye tidoq kat masjid dari malam sebelum tu…

Ni lah problengnye (problemnye) kalau kita tak cukup YAKIN. Beriman dengan benda ghaib tu kan salah satu rukun iman? PAHALA ni BENDA GHAIB LA
Ya, mungkin aku beriman, tapi keyakinan tak cukup. Sebab tak nampak, Al maklumlah, dulu belajar aliran sains. Nak nampak bukti/facts/proof baru nak percaya.

Kalau kita YAKIN dengan janji Allah mesti kita buat semua perkara.

Andaikan:
1) Masuk toilet kaki kiri – cash RM 100 menanti
2) Simpan janggut macam nabi – cash RM 100 sehari
3) Pakai serban macam nabi – cash RM 100 sehari
4) Makan macam nabi – cash RM 100 setiap kali makan
5) Kencing macam nabi – cash RM 100 setiap kali
Dan banyak lagi benda senang kita boleh buat tapi aku sendirik tak buat2

Tu belum lagi benda yang wajib2 dan fardhu punye pahala dan ganjaran. Subhanallah, tak cukup rumah nak park benda2 tuuuu....(kalau dimaterialkan ler)

Pergh…betapa kita akan berebut2 sampai kilang gillete dan super nacet tak berkarat pun buleh tutup lah kat mesia ni.

Masalahnye kita tak de YAKIN. Kita tak prepare ‘bekalan’ betul2. Kat dunia boleh lagi buat ‘loan’. Kat ‘sana’ nak loan macam mana?

Nampak sangat aku ni materialistik dan bukan pahalaistik..... sedeyyy :(
Padahal aku tahu sangat2 material tu semua akan MUSNAH dan takde membawa apa2 makna..

Tapi kalau pikir2 balik, kita sebenarnya terlalu YAKIN.
Iyee….terlalu YAKIN yang kejap lagi or esok or next week or next month kita belum duduk dalam kubur sorang2….tu yang “rileklaa……belum turn aku lagi”

8 comments:

Anonymous said...

Baru aku jumpa link ko....jenuh carik...last2 aku google pyan e***bil...hehehe
good entry for the day, don't miss hari khamis nye tazkirah!--@rif

Abu S.H said...

la...carik la "that thing i do", mesti ada. Apa speselnye hari khamis? hari lain pun pegi gak? oo..yang peguam tu ek?

edaleeja said...

membaca tzkirah di bulan puasa. tima kasih kerana sama2 ingatkan :)

Abu S.H said...

assalamualaikum..
lama tak dengaq citer..
dah hilang mabuk2 yang bukan sebab arak tu ke?

hamka said...

belajarlah jimak cara nabi, pahalanya seperti membunuh orang kapir..

aku sedang naik shekh!

hamka said...

belajarlah jimak cara nabi, pahalanya seperti membunuh orang kapir..

aku sedang naik shekh!

Abu S.H said...

hamka...
assobarul minal iman
hehehehehehehe

ni apa tetiba comment pasal naik shekh kat sini? hehehe

Hunny said...

Heh I had a different analogy in mind - macam main game Mario Bros. Kalau buat yg wajib tuh meaning u ambik points yg mana u lalu je laa...but kalau nak extra tuh kena cari sikit, kena panjat2 sikit, kena ketuk2 sikit baru dapat points banyak..kalau dapat cendawan dapat jadi besar or dapat weapon nak bunuh musuh...ekeke