NOTE : Buat reminder untuk aku, aku dan aku dan sesapa yang nak amik buat reminder jugak
Lirik lagu raya original Annuar & Ellina (duo lagu popular kain pelekat):
Berlalulah sudah Ramadhan,
Sebulan berpuasa,
Tiba Syawal kita rayakan,
Dengan rasa gembira,
Ewah..ewah..sukenye ramdahan nak pergi….(aku la tu) ish ish ish…
Jahil tahap maksimum dah ni…
Rasulullah SAW dan sahabat-sahabat siap menangisi pemergian Ramadhan, tapi aku siap menyanyi gumbira lagi..
This has to stop. STOP! STOP! Budus…
Since raya dah nak dekat, last day aku kat opis pun esok, ada baiknye aku post entry pasal raya, berkaitan raya agar aku dapat muhasabah dan mengingatkan diri aku TERUTAMANYA supaya TERSELAMAT dari GODAAN serangan bertali arus syaitan2 gondol nak mampos yang baru TERLEPAS!!!
A’udzubillaa himinasy syaithaoo nirrajeem..
Insya Allah, Aidilfitri tahun ni akan disambut (ingat..jgn konpiden sgt kita tak mati sebelum raya) rapat dengan Deepavali (raya jiran sebelah rumah abah aku). Sampai ada idea2 bernas yang suka sangat nak menyatukan dua perayaan ini. Kononnye atas dasar perpaduan dan toleransi. Atas dasar liberal. Atas dasar semangat setiakawan dan parti komponen (oppsss..jgn terlajak amsuk topik ni)
Kat mana2 ada Deeparaya, kat dajjal 4 segi, kat radio, papan iklan, surat khabar, shopping complex, dan macam2 lagi. Walaupun mufti dah kata HARAM. (note:Ada geng gi kata balik kat mufti :”ULAMAK JANGAN MERAPU” – al islam)
Tapi marah macam mana pun, ada benarnye jugak. Sebab walaupun phrase tu takde, kita dah lama DeepaRaya dan Kongsi Raya, dan Merry Raya.
1. Beberapa hari sebelum raya
Aku dah kecoh cakap pasal raya. Sibuk memanjang nak prepare raya. Baju, kuih, duit extra, business, name it. Semua pasal raya. Di tambah pulak dengan lagu raya.
Takde la nak enhance dan lipatgandakan ibadah utk 10 malam terakhir. Takde la nak heran pasal Ramadhan berlalu (menangisi jauh sekali). Bukan ke sama dengan mereka yang menyambut deepavali. Yang tau Cuma prepare nak raya, prepare nak raya, tiket balik raya dan segala raya. Deeparaya kan tu???
2. Malam raya.
Nak takbir raya? Reason untuk syahdu syahdan dan nostalgia je. Teringat raya kecik dulu…hehehe..Takbir pun sayuuuu je..padahal takbir tu takbir kemenangan
“La ila ha illa allahu wahdah, sodaqo wa’dah, wanasaro ‘abdah, wa a ‘azzajun dahu wa hamal ahzaaa bawahdah.” – perlu baca dgn penuh bersemangat, keras, tegas, benci kat Bush, Israel..eiii..gerammm (Sambil menggetap gigi – tu je boleh buat..nak ke medan perang? Wallahua’lam)
Maka sebab itu la takbir aku bertahan 10- 15 minit sebab terlalu sedih ikut perasaan (sebab tak menghayati makna sebenar takbir)
Padahal Rasulullah suruh bertasbih, tahmid dan bertakbir sepanjang malam sampai esok pagi.
Aku? Yang dari malam raya sampai pagi raya is koleksi lagu2 raya vol 1 – 5.
Hehehe…sama la gak ngan jiran sebelah rumah abah aku..dia pun meraikan malam raya dgn lagu2 raya dia….
Deeparaya lagi kah aku??
3. Bila tiba pagi raya.
Aku pun ziarah menziarahi. MAsuk umah orang pun cakap “SEMEKOMMM” atau “SAMEKUMMM” atau Assaamoekum. Ucaplah betul2 dengan ikhlas hucs oi..Macam ni : “ Assalamu ’alaikum” bunyikan ‘ain’ tu jelas2.
Tuan rumah pun keluar kata “komsalam...jemput masukkk”….sambil menghulurkan tangan bersalam dengan sesuka hati antara lelaki perempuan bukan muhrim.
Ah..memang raya sakaannn..dapat pegang tangan bini orang, anak dara orang, anak teruna jiran, salam ngan sepupu hensem, etc...tunggu raya setahun sekali je nak meraba secara legal ni.
Mak bapak zaman skang pun tak reti nak larang. Siap panggil anak2 dara kuar and kata “Angah!!, Along!!, meh kuar salam sepupu2 ngko ni haa..kang tak salam tak kenal pulak…..” Kalau sama2 muhrim takpe la..kalau bukan muhrim?? Kalau batal air sembahyang kalau bersentuh? Tapi still nak salam?? Aiiyyoo amma…ini sudah sama macam itu worrang punye raya la.itu pesta cahaya laaa…
Bertepuk tampar, bergelak ketawa ipar duai, biras, sepupu, dua pupu, keluarga angkat, cokek sana, cokek sini,,,,,,,pergh…
Maka bermulah kerosakan kepada amalan2 puasa sebulan. Diri yang tadinye seperti bayi baru dilahirkan (fitrah) jadi kotor, dimulakan dengan dosa2 ini semua. Nauzubillah.
4. Next is pasal makan.
Since dah puasa sebulan, so segala dendam pasal makanan (ye lah dah lama tak makan pagi2) pun diterjemahkan pada pagi raya. Meja sampai penuh. And perut pun memanggil2 agar kesemua makanan di’rasa’. Ye lah nak jaga hati tuan rumah. Dan makan free pulak. JAdi , makanlah aku sampai tak ingat dunia. Sampai sakit perut, rehat, makan pulak lagi. SUMBAT…tahu SUMBAT pun SUMBATTTTTT..selagi boleh bernafas.
Tu belum di soal pasal halal haram makanan tulagi. Murukku tu sapa buat? Orang ISLAM ke? Alamak….............
Aku pun slalu tengok jiran rumah sebelah abah aku memang makan tak ingat dunia time raya. So….sekali lagi semangat kejiranan berDeeparaya bersemarak dan tertegak!..Aiseeyyyyyyyyyyyyy
5. Jangan lupa pulak hiburan hiburan “khas/special aidilfitri”.
TV1, TV2, TV3, Astro RIA, Astro Vanakam, NTV7, 8TV, 9…dan macam2 lagu kat ERA, SINAR, THR, RADIO MUZIK, RMKL, HITZ, MIX, FLY, HOT FM…(hotter than hell ke ni?? Bukan kot) dan banyak lagi. 24 jam non-stop.
Ada selingan2 takbir raya sket2 kadang2 sebab nak touch up la kan.
Anak remaja dan kanak2 baya2 sekolah rendah lekat depan tv…malas nak ikut mak bapak raya. Malas nak ziarah, malas nak bermaaf-maafan.
Kalau hiburan tu kuliah agama ke..atau cerita pasal kebesaran Allah dan ISLAM ke..tak pela jugak.
Ini…….menjolok mata (tapi tak sakit pun?) aurat sana sini, seksi yang nak kena seksa, lagha, gelak ketawa keterlaluan, lucah, sesat, cerita sedih yang menginsafkan tapi hero dan heroin berpelukan.
Tapi itu semua biasala…HANYA LAKONAN. Tak main perasan….HANYA CERITA…..sungguh hebat tipu daya setan gondol di hari pertama dibebaskan…….
Tu belum segala jenis IKLAN yang penuh dengan pompuannnnnnn senyum2 je.
Samalah dengan penonton dekat rumah sebelah rumah abah aku. Maka jadilah Deeparaya jugak.
6. Benda2 lain pun banyak. Dari segi borosnye, bermegah2nye, sanggup berkorban apa sahaja hatta masa emas dalam ramadhan, dan lalai serta leka dan lagha dan byk lagi persamaan dengan perayaan2 orang lain.
Cuma satu je perbezaan raya aku dan raya jiran sebelah rumah abah aku.
Aku RAYA SEBULAN walaupun Nabi kata raya tu sehari je. Yang sebulan tu Syawal. Bukan suruh raya sampai nak kena tengok anak bulan Zulkaedah
MANAKALA
Jiran rumah sebelah abah aku amat patuh. RAYA SEHARI JE. Tak la lebih2 sangat kelalaian dan kelekaan mereka…
Sungguh notty aku ini…sungguh budus sebab termakan pujukan setan gondol dan bala tenteranya.
So, marilah kita sambut raya dengan sebenar2nye.
“Depa Raya Kita Raya”, baru betul. Hormat perayaan masing2. Cukup sekadar itu
“La Kum Deenu Kum Wa Li Ya Deen” (Al-Kafiruun ayat 6)
Lagu raya yang sudah diubah (dinyanyikan dengan nada sayu)
Berlalu lah sudah ramadhan,
Sebulan karnival pahala,
Bilalah nak jumpa ntahlakan,
Al mubarak yang mulia,
Anak muda tak hiraukan,
Pak dan maknye pun begitu jua
Ramadhan merajuk meninggalkan,
Kita yang sibuk nak beraya.
Bagaimana nak sambut aidilfitri yang sebenar? Aku pun tak reti sebenarnye.
Nanti lah aku carik kalau jumpa…Kalau jumpa bagitau aku..
Setakat yang aku tau :
1. Bertasbih, tahmid dan takbir hingga keesokkan hari
2. Meminta maaf dan memaafkan
3. Ziarah menziarahi mengikut syarak
4. Raya sampai ASAR jeeeeee……
Di kesempatan ini, aku nak mintak maap banyak2 kalau rasa tersindir. Niat aku cuma satu, nak relatekan real life experience aku supaya kita sama2 boleh beringat dan tersedar, dan mengamalkan ISLAM yang tiada HAD dan tiada HARI.
ISLAM yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW Rasul dan Kekasih Allah.
Kalau tegas hukumnye, maka tegaslah kita mempertahankannya, dan kalau lembut hukumnya, maka bersyukurlah kerana ISLAM itu tidak membebankan kita.
Rasulullah SAW bersabda "Katakanlah benar walaupun pahit" dan "Sampaikanlah dariku walau sepotong ayat".
Semoga kita kelaur dari Ramadhan dalam keadaan fitrah. Amiin..
Selamat Menyambut EidulFitri. Maaf, Maaf, Maaf Zahir dan Batin.
Ada selingan dari kawan aku….email dari Syed Khalid:
Sempena hari raya ini, marilah sama-sama kita merenung sebuah hadith Nabi yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik, berkaitan dengan konsep 'hari raya' yang lebih luas. Menurutnya, Nabi Muhammad saw. bersabda hari raya yang sebenarnya bagi orang beriman itu ada pada 5 keadaan:
1. Setiap hari ia berjalan dan bertemu seorang yang beriman serta ia tidak melakukan sebarang dosa, itu ialah hari raya baginya.
2. Hari keluarnya dari dunia dengan penuh keimanan dari tipu daya syaitan
3. Hari menyeberang Siratul Mustakim dan terselamat dari bencana jatuh ke dalam api neraka
4. Hari kita masuk syurga dengan selamat dan terlepas dari api neraka
5. Hari ia menatap wajah Allah Ta'ala
12 comments:
Assalamu ’alaikum hucs. Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin.
Hari ini ada berita seorang Ustaz diarah minta maaf kerana hantar SMS jangan ucap selamat kepada penganut ugama lain yang ber"deepa". KALAU DAH BETUL APA YANG DIA SMS TU, KENAPA NAK MINTA MAAF. Takut kena buang kerja ke?.
Tentang cadangan cara sambutan tu boleh mulai sekarang, masa anak-anak masih kecik2 lagi. Bila anak dah besar2 dah terbiasa, Allah sajelah yang dapat bantu ubahkan mereka. Tetapi tetap berusaha.
Seperti hadith tu semoga kita dapat menikmAti 5 suasana HARI RAYA tersebut. InsyaAllah.
selamat hari raya, maaf zahir batin yg mana terkasar bahasa, terkecik hati, ter-umpat, ter-kutuk, etc. maklumla.. saya ni manusia biasa
zabs,
maka benarlah kata2 mu (hucs as siddiq)
kena didik anak dari skang...
pasal ustaz tu, dia mintak maaf sebab dia nak bagitau yg itu bukan pandangan syarikat/oraganisasi dia, tapi pandangan peribadi.
HAHAHA...DAP siap buat police report lagi...
ya mereka semakin berani sedang kita?
asyik bersembang,
pakcik dan makcik,
hai duit raya lupa nak diberi...
hhahahaa < setan gelak walaupun kena ikat...
*********
bebolapi,
sama lah kita....
sama2 pelupa (insan).
Assalamu’alaikum,
Biarlah Deepa nak raya ke nak buat apa pun, itu hal Deepa. Bagi kita, kita sambut Eidil Fitri dengan bersyukur kepada Allah dan berdoa agar dapat menunaikan Ramadhan tahun depan pulak InsyaAllah.
Selamat Hari Raya EidlFitr, Maaf Zahir Batin untuk Pyan dan semua.
pasal deparaya iaitu kongsi raya, nak pergi beraya dengan niat dakwah
boleh insyAllah, masalah ummat hari ni tak berdakwah dengan org kapir.
jadi tak tahu nak ke mana kita sebenarnya(akupun.)
Aku pernah dengar Nabi angkat berhala yang tumbang kerana terlanggar,
bukan Nabi nak raikkan mereka, Nabi ada niat berdakwah pada mereka, jadi
perbuatan tu tak salah.., kita yang tak berdakwah pada mereka memang
banyak nak kena soal kat akhirat...
jempulah jiran hindu beraya dengan kita, dan jika mereka jemput kita,
maka pergilah dengan niat dakwah,,,insyAllah..
SELAMAT HARI RAYA!!!
dungung man,
betui tu...biarlah deepa raya. masalahnye sebelah umah pak aku tu depa buat makan2. nanti mesti jemput punyelah.
aku pun pegi jenguk2 minum ayaq tin, and mintak diri...hehehe
hamka,
betul tu...
niat kena betul dan jangan bagi kita dan mereka salah paham.
tak kan nak gaduh je..tapi bagi kad tu takbleh aaaa....itu dah kes rai...
soalan: pergi tgk orang kapir mati boleh ke tak? Jawapan yang aku ada dari orang alim is TAK BOLEH.
assalamualaikum..
i down on my knee, have to say it : aku ni jahil sejahilnya tul la...sungguh-2 tak tau!!
a)-btul ke kita tak leh hantar...hatta kad sekalipun kpada non muslim...?aku pnah buat skali, kat bos aku,coz aku bagi tu ngan niat nak gembirakan hatinya,n ngan niat respect dia coz dia bos aku-aku ikhlas bagi-tak ada unsur bodek di situ-ucap selamat je tak leh gak ke? berdosakah aku jika melakukannya secara tak sengaja?
b) - dan betulke kita tak leh nak g ziarah yang non muslim kalu dorang dah habis nafas kat mukabumi ni..?
(even just as a fiend? as a worker?)tak boleh ke kalu aku pergi dengan niat nak tengok dia for last time? even kawan baik sekalipun?
i dare to say that i know nothing, bout it.Jahilnya aku ni!!!
k la hucs,aku rasa masa ni ko dah punch card dah...mgkin esok bila ko check jap blog ko ni, ko akan dapat jawab soklan aku ni - kalu ko dah start cuti - aku nak ucap semoga lebaran ini akan menyucikan hati setiap insan termasuk fmly ko n seluruh umat islam disemesta alam ini (n aku khususnya-huhuhu)- well ko pernah dengar pasal bumi putih tak? yang mana penghuninya sentiasa dlm keadaan ingat pada tuhan? tell me some next, k? thanks!
assalamualaikum lagi skali!
jula juli bintang dua belas,
waalaikumussalam...
aku pun tak pandai la bab2 hukum ni...aku cum abagitau apa orang bagitau aku je...
a) pasal kad - niat nak gembirakan hatinya dengan bagi kad? itu still MERAIKAN dia. MERAIKAN perayaan agama dia. byk cara boleh nak tunjuk respek - keja kuat2, berbuat baik, senyum, belanja makan dsb.
macam ni lah..kalau ko rasa ko nak ambil hati dia kan, lebih baik ko 'ambil hati' Allah. yang lain akan Allah bereskan. Pandangan boss terhadap ngko akan Allah bereskan kalau ko lebih utamakan pandangan Allah. And kalau ko ikhlas la hormat boss tuuuu...
aku tak layak nak kata ko berdosa ke tak, cuma kalau ko tak sengaja, and ko sendiri rasa berdosa...beristighafar lah dan jgn ulangi. tu je. Insya Allah
b)itu yang soalan aku tanya hamka. aku akan check lagi soal ni...tunggguuu....(tak janji bila..hehehe)
Aku nak tanya satu je. Apa yang kita akan dapat untuk tengok dia for the last time? Nak doa dah tak boleh. Kita cuma boleh kesian kat dia sebab dia akan tinggal di NERAKA....ABADiiiiiiiii.....
pergh.....tu yang nabi sedey tgk orang yahudi mati (ada riwayat), sdey tgk abu talib mati...
pasal bumi putih...aku tak penah dgr..ko ingat aku terel cam hamka ke? hehehe....salah orang la kalau cam tuuu..hehehe...ntah2 ko lagi byk ilmu je..
Cuma nak ingatkan...AMALKAN SEMUA ILMU, baik yan gkecik, yang agak tak penting, yang payah, yang mudah bila2 boleh buat dan yang lain2...AMAL SMEUA dgn ikhlas...insyaAllah ilmu dan iman akan bertambah.
waalaikumusalam lagi skali
Pyan..Wei...aku rasa aku dah jumpa 'sahabat' aku la sekarang ni....semoga Allah beri hidayah pada kita semua InsyaAllah--@rifXOM
selamat hari raya buat sahabat...
MALAM INI JUGA DI KENALI DENGAN MALAM "LAILATUL JAIZAH" IAITU MALAM ANUGERAH DI MANA SEBANYAK 30 JUTA 'SENARAI' AHLI NERAKA DI BEBASKAN..BERUNTUNGLAH MERKA YANG TERUSKAN IBADAT MACAM BULAN RAMADAN GAK..ISH..ISH, INSYAALLAH..ISK..ISK..
SELAMAT HARI RAYA!!
ps: tengok orang mati? alu tak tahu masail ni..ish..ish..
Raya sehari ke, raya sebulan ke, for me it depends on niat and how u do it. Selagi tak melanggar hukum, tak buat apa yg mungkar, it shouldn't be a problem right?
Rasulullah recommend kita puasa 6 dalam bulan Syawal, but I don't think dia cakap kena start on the 2nd day terus kan? The spirit of mengeratkan silaturrahim is part of the Islamic teaching anyway. Just avoid perkara yg Rasulullah larang la - bersalam ngan bukan muhrim, makan berlebih-lebihan, gelak kuat2, etc.
Always go back to the fundamentals : niat, amar makruf, nahi mungkar
My 2 cents worth.
hunny, thanks for commenting.
my sen-sen:
Raya sehari ikut sunnah rasulullah SAW.
Raya lebih sehari, rasulullah tak buat..
so to be closed to him, better ikut dia as strict as possible. itulah asas takwa.
puasa 6 syawal:
the best : 2nd to 7th syawal
2nd best : 2nd syawal until complete as soon as possible.
3rd best : berturut-turut
4th best : complete any 6 days in syawal.
Talking about mengeratkan silaturrahim....
Lelaki bersama lelaki.
Perempuan bersama peremepuan.
Itu tuntutan.
Lain dari tu bukan tuntutan.
Tidak ada tuntutan mengeratkan silaturrahim sesama lelaki dan perempuan bukan muhrim malah ditegah.
Just think about this :
Tak ramai kenal paras rupa Fatimah binti Muhammad radiallahuanha except close relative. Itulah bagaimana pemalunye Rasullullah didik anak dia sendiri.
Alhtough pegi beraya, banyak benda nak kena observe. (My next entry..soon)
Atas niat apa sekalipun , selain dari pendidikan, ilmu, pekerjaan, perubatan dan lain2 keadaan darurat, perempuan dan lelaki bukan muhrim tidak boleh berkomunikasi.
Usahkan bersalam, bertentang mata pun tak boleh sebenarnya..
Cuma I ni yang belum kuat.....masih mencuba mengamalkan sunnah2 Rasullullah SAW
Post a Comment