Monday, February 13, 2006

No St. Valentino memorial day for me.....

Februari datang lagi...bersama-sama hari paling bermakna bagi pasangan kekasih.
Valentine's Day is back! Walaupun Muslimin kat Malaysia dah ramai paham kenapa tak boleh meraikan Valentines, masih ramai yang ignore. Seolah2 masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Kalau tak ignore pun, they just lawan balik with 1001 reasons mengikut fahaman masing-masing. Although mufti dah confirm kata tak boleh, these people still want to have their own excuses.
And kalau siapa yang tak tahu sejarah VD, carik je dlm internet. Then, hopefully kita akan ikut advise from Mufti Perak.

This post bukan lah untuk menceritakan sejarah VD, tapi more on peringatan kepada yang yang terlupa.
"Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal salih, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar" - Al-'Asr 2-3
Mufti Negeri Perak pernah membuat kenyataan bahawa VD patut dijauhi bagi mereka yang beriman kepada Allah.

Murtad sambut hari kekasih mirip agama Kristian - Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria (pasted at the end of this post) http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2004&dt=0212&pub=utusan_malaysia&sec=muka%5Fhadapan&pg=mh_03.htm&arc=hive

So, kepada muslim semua, janganlah melibatkan sedikit pun diri kita dengan VD.
Pertama; ia merupakan hari raya bid'ah yang tidak ada dasar hukumnya di dalam syari'at Islam.
Kedua; ia dapat menyebabkan hati sibuk dengan perkara-perkara rendahan seperti ini yang sangat bertentangan dengan amalan agama. Tidak sepatutnya kita terlibat dengannya, baik dalam bentuk makan-makan, minum-minum, berpakaian, saling tukar hadiah ataupun lainnya.

Memang aku ada dengar orang kata, janganlah kita jadi terlalu sempit. Kita bukan meraikan St Valentino atau pun memperingati, kita cuma suka2 sempena Hari memperingati kekasih.”

Ada juga yang kata, “fitrah manusia kan ialah berkasih-sayang? Apa salah ke kita berkasih sayang pada VD? Bukan nye kita follow aktiviti keagamaan ke, apa ke, kita cuma amik satu hari utk berkasih sayang.”

Hucs kata :
Bukan ke VD itu hari kekasih? Jangan nak carik excuse kata VD tu hari berkasih sayang. Kasih sayang adalah terlalu suci. Berkasih dengan kekasih yang bukan halal adalah perkara tak suci. Jauh bezanya tu. And berapa sgt yang sambut VD dgn parents or siblings? Maybe ada, tapi tak ramai.

Sekarang, kita di beri pilihan. Nak ikut tafsiran sendiri atau tafsiran para ulamak yang mengkaji dan mempelajari ISLAM dgn lebih mendalam.
Bagi aku, kalau kita sendiri tak sure, baik kita tinggalkan sahaja. Ini berkaitan AKIDAH, dan ia sangat berbahaya.

So, atas dasar itu, aku tetap anggap VD HARAM untuk umat ISLAM.

To my non–muslim friends who are reading this, I am not against anyone, or being paranoid or being conservative.

And without celebrating VD or without joining you guys celebrating VD, I can still be your friends. Right?.
You know that I always be rational and open minded. Not celebrating VD is one of my rational action, where my belief is concern.
I respect you guys for understanding my belief and not questioning my action.

KUALA LUMPUR 11 Feb. - Umat Islam yang meraikan Hari Memperingati Kekasih pada 14 Februari boleh dianggap murtad atau terkeluar daripada Islam jika cara melakukannya mirip dengan agama asal perayaan itu, Kristian.Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria berkata, hukum itu boleh jatuh kepada mereka berdasarkan sebuah hadis sahih yang menyebut bahawa:``Sesiapa yang melakukan perbuatan yang menyerupai sesuatu kaum itu, maka ia turut termasuk bersama golongan tersebut.''Beliau berkata, perbuatan meraikan hari berkenaan juga akan menjadi lebih bercanggah dengan ajaran Islam terutamanya apabila ia dikaitkan sebagai usaha untuk memperingati kematian seorang paderi yang dibunuh seperti mengikut sejarah purba Rom.``Kita umat Islam tidak perlukan budaya atau amalan seperti ini yang jelas bertentangan dengan agama kita. Lagipun ajaran Islam sudah lengkap, sempurna dan diyakini,'' katanya ketika dihubungi di sini hari ini.Beliau mengulas sikap umat Islam di negara ini khususnya muda-mudi yang masih cenderung untuk meraikan Hari Memperingati Kekasih setiap kali muncul 14 Februari biarpun telah banyak penerangan disampaikan oleh para ulama.Mengikut sejarah mitos, sambutan berkenaan diasaskan oleh masyarakat Rom yang beragama Kristian sebagai memperingati peristiwa seorang paderi yang dihukum bunuh oleh pemerintah Rom, Claudius II.Saint Valentine dihukum bunuh kerana mengahwinkan salah seorang askar secara rahsia sedangkan undang-undang Rom ketika itu menghalang golongan muda berkahwin atau berkeluarga sebaliknya dikerah untuk menjadi tentera.Hari ini budaya Valentine menganjurkan orang ramai menghantar kad ucapan Valentine kepada buah hati mereka, teman karib dan orang-orang yang mereka sayangi sebagai simbolik dalam menyatakan cinta terhadap mereka.Pada zaman pertengahan, masyarakat England dan Perancis menganggap 14 Februari sebagai `hari burung-burung mencari pasangan mereka.'Pada kurun ke-14 dan ke-15 mereka mula meniru perbuatan burung tersebut dengan mengadakan hari mencari pasangan atau jodoh pada tarikh tersebut. Masing-masing akan mengucapkan `Selamat Hari Valentine' sesama pasangan mereka.Ada juga mitos menyebut, kad Hari Valentine dijadikan amalan memperingati peristiwa seorang paderi yang dipenjarakan dan sering menghantar kad bertulis From Your Valentine kepada kekasihnya, seorang gadis iaitu anak seorang pengawal penjara.Harussani turut menyeru umat Islam agar tidak sesekali meniru budaya asing dan ternyata bercanggah itu apatah lagi ia turut menjerumuskan mereka ke lembah kemaksiatan.``Mengapa kita perlu mengamalkannya sedangkan Islam menggalakkan umatnya kasih-mengasihi sesama sendiri sepanjang waktu dan bukannya menetapkan pada hari-hari tertentu atau berkala.``Bahkan jika kita tidak bertegur sapa dengan saudara se-Islam selama tiga hari berturut-turut, hukumnya sudahpun jatuh haram. Jadi amalan atau budaya Islam sendiri sudah terbukti jauh lebih baik,'' kata beliau.Menurut Harussani, Islam turut menggalakkan umatnya mengasihi sesama mereka secara ziarah-menziarahi selain berkongsi suka-duka dengan tumpang bersyukur jika senang dan bertakziah atau bersimpati apabila ditimpa malapetaka.``Berkasih sayang bagi Islam juga tidak terhad kepada golongan tertentu sebaliknya meliputi semua pihak dengan keutamaannya diberikan kepada ibu bapa, suami isteri, keluarga, saudara Muslim dan akhirnya seluruh manusia,'' kata beliau.

7 comments:

eddie said...

VD? hmm cam nama penyakit kelamin jer...
:P

Abu S.H said...

hehehehe...

Azlin said...

ada apa dengan valentine's day.... hehehe

eddie said...

yo bro, sorry tak reply smsm nko... wa tatak kredit aaa.. gimem a call time time malam.. I'll be glad to try and answer some of your questions...

Abu S.H said...

cantekkk eddie..no hal

Anonymous said...

wahhhhh rajin ko mengupdate blog ni yer pyan, keep up the good work

Abu S.H said...

kno - masuk dan beri ler komen2 ko sokmo